Lebih menarik jika menggunakan pelayar Mozilla Firefox dari mozilla.org.
BAJET 2009 UNTUK KAKITANGAN AWAM
Salam,
Bajet 2009 telah dibentangkan. Di sebabkan, saya seorang kakitangan awam, maka saya ingin membincangkan antara perkara-perkara yang diperolehi oleh mereka dalam bajet 2009.
1) Bonus sebulan gaji - Sebenarnya dalam setahun ada 13 bulan. Bonus sebulan gaji ini adalah seperti memberi gaji bulan ke-13. Bonus adalah sesuatu yang diberi sebagai ganjaran. Maka adalah wajar bonus yang disebutkan melebihi satu bulan. Walaubagaimanapun, terima kasih diucapkan. Untuk kakitangan awam, berbelanjalah dengan berhemat.
2) Tambang penerbangan untuk kakitangan dari Sabah/Sarawak yang bekerja di Semenanjung dan sebaliknya - Ini adalah sesuatu yang baik kerana tambang untuk kedua-dua tempat ini dari salah satu darinya adalah mahal. Ada kawan saya yang membelanjakan hampir RM10000 untuk pulang sekeluarga pada tahun yang tak diberikan tambang percuma dulu. Sekurang-kurangnya kita akan mendekatkan keluarga yang jauh dan semangat untuk mereka bekerja akan bertambah kerana tak perlu memikirkan bagaimana untuk dapatkan wang untuk balik kampong setiap tahun. Yang balik kampong sekitar semenanjung saja atau sekitar Sabah/Sarawak saja tak ada bantuan ka??
3) Pinjaman perumahan 30 tahun - memberi masa yang lebih untuk mereka membayar balik pinjaman. Namun apa yang perlu difikirkan ialah faedah yang dikenakan. Mungkin lebih sesuai jika faedah pinjaman dikurangkan.
Saya rasa adalah lebih bermakna jika elaun COLA atau elaun khidmat awam dinaikkan kerana ia akan memberikan keuntungan jangka panjang kepada kakitangan awam di samping membantu meringankan beban perbelanjaan bulanan mereka dalam masa "keperitan" ekonomi ini.
Namun begitu saya mengucapkan terima kasih kerana membantu dan cuba membantu kakitangan awam. Sememangnya kakitangan awam telah banyak membantu dalam perjalanan negara kita. Pada kakitangan awam sekelian, selain dari kerajaan yang cuba membantu, walaupun kadang-kala tak memuaskan hati, anda juga perlu berfikir bagaimana untuk membantu diri sendiri kerana akhirnya tiada orang yang dapat membantu kita melainkan kita sendiri. Fikirlah dengan minda yang terbuka, tepuk dada tanya selera.
2 comments:
salam...
saja gatai tangan....
patutnya gomen patut cari jalan utk geng swasta... dgn cara cmana nak maintain pelaburan tapi dapat bagi gaji private sector ni ada gaji minimum rm1000 ka (cth) sbb bila gaji+elaun pekerja gomen naik... brg naik.... gaji swasta dok tang tu gak....perbelanjaan meningkat pendapatan tak berubah
watakunse...
salam ramadhan,
saya stuju dgn komen diatas. jika gaji gomen naik,secara langsung barang akan naik. inflasi kian meninggi. pekerja swasta pon menyumbang keatas perkembangn ekonomi negara. rasanya pemimpin pon kena kaji balik kesan dr kenaikan ni..bukan bg rebat RM20, yg dpt untung kat matindon & bangla ajer...heheheh
~adios
Post a Comment