Lebih menarik jika menggunakan pelayar Mozilla Firefox dari mozilla.org.

PILIHAN RAYA KECIL PTG PAUH

Pilihanraya kecil Ptg Pauh akan menjadi pengukur sejauh mana pihak yang terlibat mempertahankan pengaruh atau meningkatkan pengaruh mereka. Sebagai pengundi, mereka lebih tahu siapa yang akan diundi dan berdasarkan apa.

Kata-mengata dan nada mempertahankan diri telah banyak kedengaran di Ptg Pauh dalam waktu berkempen. Tidak kurang yang menyampaikan wawasan mereka jika mereka yang terpilih. Sebagai pengundi, semestinya kita mengundi berdasarkan siapa yang kita rasa layak untuk membela nasib pengundi.

Namun mesti diingat yang undi kita bukan sahaja akan menentukan nasib kita, malah nasib anak-anak cucu kita juga. Malah yang lebih besar lagi menentukan nasib bangsa kita. Jangan kita menang sorak namun kampong tergadai. Jika kampong tergadai lagi kali ini, yang tinggal cuma tanah sekangkang kera. Lihat apa yang kita ada sekarang dan fikirkan sejauh mana kita mahu menambah atau mengurangkan lagi yang telah sedia ada atau yang tinggal.

Kepada pengundi-pengundi Ptg Pauh saya ucapkan selamat mengundi. Undilah dengan penuh tanggungjawab terhadap nasib bangsa dan anak-cucu kita. Undilah untuk kemajuan bukan mengikut perasaan. Fikirlah dengan fikiran terbuka, tepuk dada tanya selera.

0 comments: