Lebih menarik jika menggunakan pelayar Mozilla Firefox dari mozilla.org.

SELAMAT BERPUASA KEPADA RAKAN TMN GEMILANG DAN RAKYAT MALAYSIA

Salam,

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada rakan-rakan Tmn Gemilang, Lunas dan seluruh rakyat Malaysia.Ramadhan datang lagi. Syukur kepadaNya kerana kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini. Ini juga bermakna solat tarawikh dan pasar Ramadhan juga datang lagi.

Ramadhan adalah antara bulan di mana kita dapat mencari "jiwa" kita. Mengenali siapa kita dengan menguji sejauh mana kita dapat bertahan dengan ujian dalam bulan ini. Rebutlah ganjaran yang diberikanNya dalam bulan Ramadhan ini dengan mengisi jiwa melalui ibadat dan amalan mulia di samping bagi sesetengah orang mengambil peluang mengisi poket dengan berniaga di pasar Ramadhan.

Untuk rakan-rakan Tmn Gemilang, insyaAllah saya akan berpuasa selama 23 hari di Sydney sebelum pulang berpuasa dan berhari raya dengan keluarga dan rakan-rakan. Namun begitu, semasa di sini apabila tiba Ramadhan ini, saya akan merindukan bersolat tarawikh bersama rakan-rakan. Selepas solat, kita akan berbual-bual di kedai Mat dengan saya akan selalunya memesan "radix susu tarik". Saya akan memesan "ayam goreng kunyit" dari Mat setiap malam untuk makan sahur. Inilah secara amnya jadual "malaman" kita di Tmn Gemilang. Majlis kenduri juga akan diadakan dalam bulan ini dengan kita sama-sama bergotong-royong menjayakannya. Tak sabar rasanya untuk balik bersama-sama anda semua lagi hujung Ramadhan nanti.

Untuk Rakyat Malaysia yang melakukan ibadat puasa ini, jadikan bulan ini bulan kita merenung sejauh mana kita telah berjaya mengangkat martabat kita di bumi Allah ini, di Malaysia dan di dunia. Jadilah masyarakat yang dipandang kerana kesatuan, kejayaan dan kemuliaan rohani dan jasmani. Buangkan sifat yang menyebabkan perpecahan, sebaliknya carilah persamaan yang boleh membawa kita ke arah kejayaan. Hanya kita yang akan menentukan perjalanan masa hadapan anak cucu kita. Tuhan akan menolong hambaNya yang berusaha menolong diri mereka sendiri. Biarlah mereka mengenang kita sebagai orang yang bertanggungjawab meletakkan mereka di jalan kejayaan dan bukannya yang bertanggungjawab ke atas penderitaan mereka. BERSATULAH SEBELUM TERLAMBAT.

Fikirkan dengan minda yang terbuka, tepuk dada tanya selera.

2 comments:

196tg said...

Salam Smua,

Minggu depan Ahad ( 21/09/08)..Surau Al Abrar akan Membuat Bubur Lambuk yg akan di ketuai oleh Che-Mee kita.Start gotong royong masak lam kol 9.30am..pakat2 la mai untuk membantu Che-Mee kita..

Din BP

Anonymous said...

Aku minta maaf la,aku kelik kapong,buka posa rumah orang tua,tak pa la kalau dan aku kelik la di taman,196tg simpan la sikit bubor lambuk tu,boleh ka?
Kekadang kesian gak kat che mee kalau org tak ramai p tolong,tp kalau orang tak mai hang pakai je pembesar suara,panggil,mesti mai punya....