Lebih menarik jika menggunakan pelayar Mozilla Firefox dari mozilla.org.

16 September 2008: Siapa Berjaya, Siapa Terpedaya

16 September 2008. Satu tarikh yang mungkin ditunggu-tunggu oleh sebahagian rakyat Malaysia. Siapakah yang akan berada di puncak takhta? Berjayakah pemilik takhta mengekalkan takhta atau berjayakah individu yang ingin merampas takhta?

Perbincangan saya akan berdasarkan tajuk yang tertera: 16 September 2008: Siapa Berjaya, Siapa Terpedaya. Perbincangan ini akan berkisar kepada 3 komponen utama iaitu (1) Pemegang Takhta (2) Bakal Perampas Takhta (3) Rakyat Jelata. Kerana tidak mahu memutar-belitkan perbincangan, kita junam terus kepada ketiga-tiga komponen ini dengan mengambil senario (1) Tiada apa terjadi dan (2) Bertukar pemilik takhta pada 16 September 2008.

(1) Tiada apa terjadi

Pemegang takhta - berjaya menyakinkan para panglima dan rakyat jelata yang beliau masih mampu memerintah dengan baik dan membawa negara ke mercu kejayaan.

Bakal perampas takhta - terpedaya dengan para panglima yang mengumpulkan maklumat risikan yang salah dan terpesong. Rakyat mungkin akan hilang kepercayaan seterusnya kerana bersifat seperti "tong kosong".

Rakyat Jelata - ada yang gembira kerana mempunyai pemerintah yang dipilih dan ada yang kecewa kerana pemerintah yang dipilih tidak berkuasa. Walaubagaimanapun hidup terus berjalan seperti biasa berdasarkan segala janji yang diberi pemegang takhta yang diberi mandat terbanyak untuk berkuasa pada proses pemilihan negara.

(2) Bertukar pemilik takhta

Pemegang takhta - terpedaya dengan sebahagian panglima tidak setia, pisau dua belah mata. Segala perancangan rosak binasa.

Bakal perampas takhta - berjaya menyakinkan panglima musuh untuk menyertainya samada setelah berpendapat itu adalah terbaik untuk rakyat jelata dan negara atau terbaik untuk kesinambungan kehidupannya. Perancangan seterusnya akan dirangka.

Rakyat Jelata - ada yang gembira kerana mempunyai pemerintah yang dipilih dan ada yang kecewa kerana pemerintah yang dipilih tidak berkuasa. Walaubagaimanapun hidup terus berjalan seperti biasa berdasarkan segala janji yang diberi pemegang takhta yang diberi mandat terbanyak untuk berkuasa pada proses pemilihan negara.

Kalau anda perhatikan betul-betul perbincangan saya ini, komponen rakyat jelata adalah sama. Rakyat sebenarnya terpaksa menerima apa saja yang berlaku di puncak sana kerana rakyat yang memilih pemimpin mereka. Walau sesiapapun yang memerintah, kita terpaksa menerima kerana secara mudahnya, kita yang memilih mereka dulu dan siapa banyak dia berkuasa.

Sebagai rakyat jelata, apa yang kita harapkan ialah pemerintah yang dapat memerintah dengan amanah, adil dan saksama. Pastikan rakyat mendapat hak-hak mereka seperti yang telah dinikmati dan dijanjikan. Pertahankan hak-hak yang menentukan kesinambungan agama dan bangsa. Sesiapapun yang memerintah, rakyat akan dapat menilai siapa yang ikhlas dan siapa yang culas, siapa yang amanah dan siapa yang menjadi nanah. Pastikan rakyat sama-sama menikmati kejayaan dan kekayaan negara.

Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Fikir-fikirkan dengan minda yang terbuka. Tepuk dada tanya selera. Selamat berpuasa.

9 comments:

Sniper said...

Samada kenyatan ini menjadi reality atau tidak,16 sept tetap akan muncul,dalam politik macam2 boleh jadi.kalau keajaiban terjadi maka apa yang dihajati akan berhasil namun sebaliknya.

Apa yang penting, kita sekarang harus memilih dan berfikir untuk jangka masa panjang,cuba calculate balik dalam BN ada berapa kerusi yang dipegang oleh Melayu dan bukan bumi?Dalam PKR ada berapa kerusi yang dipegang oleh bangsa lain dari kita, PAS, ada berapa kerusi dalam pakatan?saya tak nak la bagi the right figure,kita sama2congak dan calculate betul2,saya rasa(selepas kajian saya) kalau ada MP yang lari ke PKR maknanya dalam dunia yang dicipta PKR akan berlaku kerusi yang didominasi oleh bangsa lain,sebabnya yang akan lari sekiranya berlandaskan situasi sekarang kebanyakannya bangsa lain dari melayu,Gerakan ada masalah dengan UMNO,jadi kemana hala mereka kalau tak ke DAP atau PKR,Parti2 di Sabah dan Serawak yang banyaknya golongan bumi disana,kemana hala mereka?tak mungkin mereka2 ni nak join PAS yang terang-terang sekarang menjadikan ISLAM sebagai perjuangan dalam politik mereka.Percayalah kalau ini berlaku maka tak mustahil satu waktu nanti PKR akan menjadi sebuah lagi Parti yang dimiliki oleh bangsa ini.PKR akan menjadi parti alternatif kepada mereka2 yang tak berapa setuju dengan DAP dan yang mimikirkan kedudukan setelah keluar dari pakatan BN.Kita sama2 kita tak boleh semeja tapi bangsa yang dikatakan menumpang ini mampu semeja walau setelah bergaduh, demi bangsanya.
Jadi setelah ini berlaku,persoalannya siapa yang akan jadi PM?berdasarkan majoriti kerusi susah untuk ANWAR,baiklah, ditakdirkan juga ANWAR tetap jadi PM,ini cuma berpaksikan ketakutan pihak yang berpaling tadah tadi agar ANWAR tak berpaling dari mereka kalau tak dipilih,jadi apakah gelaran yang sesuai keatas ANWAR walaupun berjaya diangkat sebagai PM?.Itupun kalau DAP dan PAS tak menuntut hak,apa yang PAS nak tuntut,berapa kerusi yang PAS ada dalam PAKATAN,kalau berlaku pergelutan ini, rasa2 siapa yang akan menang(fikir-fikirkanlah).Bagi saya ANWAR boleh menjadi populis(perkataan yang hangat sekarang)dengan berada dikerusi PEMBANGKANG).Banyak kebaikan yang ANWAR boleh lakukan bagi mengekang kerajaan sekarang berbuat sesuka hati dan siapa yang mendapat KEUNTUNGAN, kitaaaa juga.

Jadi,terima lah hakikat,buatlah kerja masing2.yang penting ketuanan kita memegang tampuk pemerintahan jangan lah dibinasakan.Apa yang ada pada MELAYU,sekadar Tak Melayu Hilang DiDunia,kalau adapun menjadi Red Indian Di Amerika,tak payah la....

dude said...

jack, aku tak kisah siapa memerintah. dah ditakdirkan oleh pilihan pengundi. kita tahu apa yang kita undi. kadangkala rasa macam perjudian pulak.

apa yang aku kesalkan ialah tak ada siapakah yang hendak menyatukan kita orang islam ni. bukan melayu tapi islam. tak kiralah macammanapun janji orang islam bersatu.

orang lain pun berperang dalam politik, tapi bila mai bab bangsa, mereka bersatu jugak. kita kenalkah bangsa orang lain tu dari parti mana, tapi bangsa kita kita kenal dari parti mana, betul?

ada hikmahnya setiap perkara berlaku, namun waspada perlu ada. kita ( mungkin kita saja dan beberapa ribu lagi ) dapat mencongak apa yang akan berlaku pada masa depan, zaman jenerasi bukan kita.

malang bagi kita apabila segelintir manusia tidak mahu muhasabbah diri. tenggelam dalam perasaan yang dicipta. Lebih malang lagi bila manusia ini dikelilingi oleh oleh manusia yang celaka. Melayu jugakkan???

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM,

Untuk Kekawan ............setelah membaca keratan akhbar harian hari ni dan mendengar penjelasan dari mulut salah seorang (orang kuat) gabongan PKR di TV malam, juga ke egoan salah seorang ahli UMNO sudah jelasah yang 16 September wujud, tapi atas dasar haribulan hari tu..... dan segala bentuk peralihan kuasa atau undi tidak percaya terhadap kerajaan yang memerintah sekarang ini mustahil menjadi kenyataan. SEBAB BOLAN POSA NI PARLIMEN TIDAK BERSIDANG (CUTI LE....).

Komen aku, depa ni Pembangkang (terutama PKR) ni nak buat ape?. Kenyataan DSI semalam seolah-olah dia tak bersekolah lansung. Nama aje keluar U.....aku setakat LCE je (Tingkatan III). Dengan membuat kenyataan / andaian akan adanya sesetengah Ahli lompat pati?......... Dia membuatkan gambaran politik M'sia sentiasa tak stabil, dan bila politik M'sia tak stabil maka timbulah bermacam-macam kesengsaraan terhadap rakyaat. Dia tak pe le.........simpanan duit dia kat Bank banyak...........

Dari PM Tunku, Tun Razak, Hussin Onn, Mahatir, Abdullah Badawi ..........semuanya telah Malaysia lalui dan juga peristiwa berdarah 13 Mei. Dari Kesemuanya aku dapat rumuskan apa yang terjadi sekarang ni disebabkan ada segelintir masyarakat kita yang gila kuasa, ego, tamak dan yang paling-paling penting TIDAK PERNAH BERSYUKUR.

Aku bukannya nak jadi HERO, tapi kekadang bosan dengan keadaan sekarang dimana sesetengah anak-anak melayu yang kita sanjungi, diberi kepercayaan menjadi pemimpin kita menpunyai fikiran sempit dan mudah melatah. Terus terang aku katakan disini KEISLAMAN mereka .

Tidak sekali-kali aku cuba menarik mana-mana individu untuk menyertai mana-mana Parti Politik cuma sekadar meluahkan rasa bosan aku kepada keadaan masa kini sempena Hari Jadi Aku Hari Ini.

Sekian,

Wabillahitaufik wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.

Terima Kasih (nak berucap kat TV tak boleh, khas untuk rakan-rakan yang setia).

Anonymous said...

Assalamualaikum,
.....ni satu hal lagi, minggu ni tak habis-habis pulak cerita, Muhiddin Yassin dan peralihan kuasa 2010......apa dah jadi????. Belum reda 16 Sept. timbul pulak 2010 yang mana masih lagi jauh untuk dijangkau oleh sebilangan mereka yang mempunyai perancangan sendiri. Tup....tup dari mulut Muhiddin Yassin keluar pulak cerita bekas PM kita Mahathir nak joint balik UMNO .......aduhhh aku yang mengikuti perkembangan polotik Malaysia nampak semacam ada permainan YO-YO disini.......

196tg said...

Salam,
Inilah sandiwara Politik kat Malasia..MMA...
Zaid pulak hantaq surat letak jawatan..
Muhyiden dah cakap dah..peralihan kuasa terlalu lmbat...lagi lambat.lagi haru biru. .lagi banyak Ahli kluaq..SAPA YG DOK KLUAQ...ORG KITA JUGAK..ORANG KITA SAPA..ORANG MELAYU....Alih bagi cpat2 la...

dude said...

Jack,
Politik semakin menarik. semua orangbebas bagi pandangan. Dalam BN dan luar BN tentu lagilah.

Bila pemimpin lemah, inilah jadinya. Kenapa dalaman BN sendiri berani bersuara ( memanglah demaokrasi namanya ), tapi tentulah kerana dalaman sendiri nampak ( nampak lama dah, tapi kebelakangan ni baru mula berani bersuara )terlaku bannyak lubang-lubang kelemahan yang dahsyat perlu di baik pulih.

UMNO tak lemah tapi pemimpinnya yang lemah. Ini membuatkan rakyat hilang kepercayaan terhadap merka.

Sebagai pendidek, aku melihat pelajar sekolah menengah, hatta bila ditanya pendapat pun tak dak lagidah yang sokong UMNO. Budak darjah lima pun aku pernah sembang kata BN tu......malas aku nak cakp. Macam tak percaya tapi tulah hakikatnya.

Jenerasi nilah yangakan membesar dan jadi menyambung warisan kita. Tapi hala tujunya mungkin dah tak sama. Hang nak salahkan sapa.

Kalau dilihat sekarang, apa saja yang dibuat oleh kerajaan, walaupun baik namun semuanya akan kata " sebab nak pikat rakyat."

Begitulah hakikatnya bila hati dah terluka. Harapan aku tetap sama. Islam bersatu mudah-mudahan suatu masa nanti. Tak kira pilih mana parti pun, hanya orang isam bersatu akan menjamin kekuatan ummah dan mudahan jenerasi kita yang dihadapan akan selamat.

drajaq said...

Persoalannya: Adakah dengan menukar pemimpin akan menukar tanggapan orang ramai terhadap sst parti politik tersebut?? Atau akan dianggap sebagai tukar kulit sahaja??

Anonymous said...

Politiking Malaysia

Terpanggil aku kerana desakan hati yang ku yang tak puas hati terhadap Syarikat Multi Media dan akhbar-akhbar tempatan. Apa dah jadi kepada bahagian penapisan berita mereka?. Aku dapati mereka kini ghairah meraih keuntungan dan menarik seberapa banyak peminat diwatu siaran kemuncak, terutama siaran berita.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah dari tindakan mereka menyiarkan berita dan kesokan harinya mendapat berita timbal balik (feed back) dari personaliti-personaliti Politik agar mendapat berita sensasi dan mengaut untung.

Contoh Pertama:
Cuba kita amati dalam minggu ini sahaja, beberapa ramai menteri-menteri, ahli-ahli dari kumpulan pembangkang balas membalas disebabkan berita-berita tersebut. Contohnya YB Dato’ Ahmad Ismail, kita pembaca bukannya berada disitu semasa kejadian tapi bila berita tersebut di-olah oleh pemberita ianya sudah menjadi cerita berantai setiap hari. Masing-masing ingin membetulkan keadaan dan ingin menjadi HERO.

Contoh Kedua:
Akta ISA, semua telah jelas dan juga mendapat penerangan lanjut dari Tan Sri Syed Hamid Albar tentangnya tapi keesokan harinya ianya telah di komen dari salah seorang jemaah menteri dan beliau sendiri akan berjumpa dengan PM tak cukup dengan itu pihak TV menyiarkan /menemuramah keluarga tahanan tersebut.

Contoh ketiga:
Kenyataan MY tentang cerita peralihan kuasa yang di sebuntnya dalam ucapan nya di S’pore. Berikutan dengan itu bermacam-macam komen yang disiarkan oleh Media/TV hingga menimbulkan kurang senang rakyaat tentan politik semasa M’sia.

Ketiga-tiga contoh tersebut semuanya menunjukan yang mata pena itu lebih tajam dari mata pisau dimana boleh mengucar-kacirkan keadaan dan mengubah corak pemerintah sesebuah kerajaan.

Diharap bahagian penapisan ahkbar/TV memperkemaskan lagi penapisan mereka.

Anonymous said...

topik ni bagi aku dah jadi semakin menarik,aku agree dengan en adam malek ni,orang dah hilang kepercayaan terhadap pemimpin UMNO,aku pun sesekali fikir begitu juga,tapi apakah alternatif yang ada yang agak menonjol ini(PKR) mampu memberi kesan kepada pentadbiran peralihan kelak,. bagi aku la kalau difikirkan alternatif, aku lebih gemar kepada Parti Islam malaysia.ini lah alternatif yang terbaik setakat ni untuk orang melayu sekiranya memikirkan segi agama dan bangsa kita,
Bagi PKR aku tak berapa nampak,sebab yang teraju ni pun adalah anak didik Tun,setidak-tidaknya ada la perangai Tun,cuma takut2 terlampau lebih,buktinya dengan Tun tak sanggup tak tunggu untuk dapatkan jawatan.
Satu persoalan lagi yang bermain dibenak aku ni,kenapa tak join saja Pas,kan itu lebih elok,(sapa2 tolong jelaskan-mana yang tahu la)
Untuk semua ulasan ni, motif depa sama saja UMNO ke, PKR ka,sikit2 dalam PAS,semua orang cuba nak jadi pemimpin dalam apa keadaan pun,tak ada pun yang mengambil iktibar sewaktu ALLAH nak jadikan makhluk khalifah dimuka bumi dulu.Nama saja manusia memang jenis nak tunjuk pandai dan sanggup serba serbi,apa2 pun jawabla di sana nanti kalau.....