Lebih menarik jika menggunakan pelayar Mozilla Firefox dari mozilla.org.

SELAMAT HARI LAHIR ABANG LAN

Edisi Istimewa 11-12 September


SELAMAT HARI LAHIR, ABANG LAN

klik gambar untuk besarkan


Selamat hari lahir yang ke 53 saya ucapkan kepada salah sorang "abang" kami di Taman Gemilang, Abang Lan. Ada yang gelar dia Abang Long.

Salah sorang yang pertama menghuni Taman Gemilang, Abang Long terkenal dengan sifat ringan tulang beliau. Tanyalah sekeliling Taman Gemilang, tentu ramai yang akan berkata "Abang Lan perbaiki paip rumah aku" atau " Abng Lan perbaiki pendawaian rumah aku" atau "Abang Lan buatkan gril rumah aku" atau "Abang lan yang pasang pagar otomatik rumah aku" dan berbagai-bagai " Abang Lan yang" rumah aku. Surau tak payah cerita lah. Macam-macam yang dibuat dan dibaiki. Kalau setiap kali Abang Lan buat sesuatu di surau dan letakkan tandatangan beliau, maka penuhlah contengan tandatangan beliau di dinding surau. Beliaulah yang selalunya menggerakkan pemasangan khemah surau. Dengar saja suara Abang Lan, khemah siap diruntuhkan dan dipasang. Dipendekkan cerita, tanpa Abang Lan, aktiviti akan berjalan perlahan atau mungkin tak jalan.

Abang Lan seorang yang agak "lepas cakap" sikit orangnya, sorry Abang Lan tapi apa yang "dilepaskan cakapkannya" adalah apa yang difikirkan dapat menolong dan menjalankan sesuatu perkara. Kalau tak kenal rapat dengan Abang Lan, memang sesetengah orang akan berasa hati. Saya dan kawan-kawan memang telah mengenal hati budi beliau dan percayalah beliau adalah orang yang pertama kami cari kalau sesuatu perkara atau masalah timbul.

Memang tak cukup di sini kalau saya nak menghuraikan kesemuanya mengenai Abang Lan. Untuk Abang Lan, saya ucapkan terima kasih atas segala pertolongan samada kepada saya dan keluarga atau kepada penduduk Taman Gemilang. Semoga ikatan kekeluargaan di Taman Gemilang berkekalan sehingga ke anak cucu kita. Malu nak sebut sebenarnya, mungkin di laman web ini saja yang mampu saya sebutkan dan jangan suruh kami ulang selepas ni, bagi pihak saya dan kawan-kawan di Taman Gemilang....."KAMI SAYANG ABANG LAN".......

SELAMAT HARI LAHIR KE 53. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keberkatanNya, Amin.



4 comments:

294TG said...

happY..Birthday..!!

196tg said...

Slamat Ulang Tahun Abg Lan..Smoga Panjang Umur..

Anonymous said...

aku dah wish dah,siap dengan kad lagi,anyway alang2 dah masuk blog ni one more time,SELAMAT HARI ULANGTAHUN ABANG LAN,MOGA PANJANG UMUR DAN HIDUP BAHAGIA...

Anonymous said...

selamat ulang tahun buat Abg Long dan famili. semoga panjang umuq,murah rezeki.

~MNr