Lebih menarik jika menggunakan pelayar Mozilla Firefox dari mozilla.org.
Kerinduan.....
Salam,
Apa khabar agaknya kawan-kawan di Taman Gemilang? Abg Lan, Halim, Abg Mee, Zan, Din Perlis, Din BP, Shahril Banglo dan lain-lain. Rindu kepada anak-anak isteri sering terubat bila menghubungi mereka melalui telefon setiap minggu.
Setelah seminggu berpuasa, terasa perbezaannya bila di luar negara. Walaupun saya selalu juga ke luar negara tapi tak pernah merasa berpuasa di sana. Rindu mendengar suara Ustaz Mansor, Ustaz Nazmi menjadi imam dan suara Kamal sebagai bilal semasa sembahyang tarawikh. Rindu kepada celoteh kawan-kawan selepas bertarawikh.
Berpuasa di sini ada perbezaannya kepada saya. Selain dari tanpa keluarga dan kawan-kawan, saya menyediakan makan untuk berbuka dan sahur sendiri. Tiada kueh atau makanan yang "fancy". Masak ala kadar sesuai untuk berbuka dan sahur.
Saya mendoakan agar anda semua di sana sihat dan gembira dalam menjalankan ibadah puasa. InsyaAllah saya akan menyertai anda di Taman Gemilang hujung Ramadhan ini. Selamat menjalankan ibadah puasa.

2 comments:
Baru hang rasa buat kerja sendiri,selama hang asyik dengan ayat 'mat radix susu satu,nasi putih ayam goreng kunyit satu'. la ni baru tau,betapa susahnya nak masak,tp kalau hang ada kemahuan,pasti balik nanti pandai masak, wa dulu pun macam tu juga,tak pandai,kena dua tahun,la ni rendang raya,nasi himpit ke apa ka semua boleh.
kalau senang2 mai la rumah sniper raya ni.
salam...
camtu la dok jauh... he he he... sebenaqnya aku pun kadang2 teringin nak pi tempat org - apa kan daya rezeki aku sambung belajaq kat msia saja takat ni...nak try rasa susah, berdikari buat kari, belajaq perangai org bla bla bla..... sebab aku dok perati member yg pi oversea depa ni nampak... diulang... nampak lebih berdikari dan berpendirian dan tak segan nak kedepan bg pendapat dsb mungkin bila dah dok tempat org, dah tak bleh nak harap sapa dah hanya diri sendri saja - geng2 aku yg pi jordan pun sama lebih2 lagi ada yg kena kencing ngan member sendiri yg sama join kat msia nih... bila dah dok jauh baru betoi2 kenai yg mana boleh tolong yg mana tak leh tolong...
Post a Comment