Lebih menarik jika menggunakan pelayar Mozilla Firefox dari mozilla.org.
Selamat Hari Lahir, Ustaz Nazmi
Selamat Hari Lahir saya ucapkan kepada Ustaz Dr. Nazmi yang jatuh pada 15 September lepas. Maafkan saya sebab terlewat disebabkan lewat mendapat maklumat.
Seorang ilmuan ugama yang dihormati di Taman Gemilang, siapa yang tak ingat bagaimana budak-budak yang main bola dengan berseluar pendek akan merasa bersalah bila ternampak saja kelibat ustaz melalui padang bola di taman. Secara peribadi, jika saya mempunyai sebarang kemusykilan ugama, Ustaz Nazmi adalah orang yang saya akan cari. Sumbangan beliau dalam bidang keagamaan di Taman Gemilang memberikan panduan dalam menentukan tauladan dan sempadan.
Terima kasih kerana menghantar emel yang mengingatkan kami tentang pentingnya 17 September (17 Ramadhan) di kala kami sibuk tentang 16 September. Saya lampirkan sebahagian dari emel ustaz di bawah.
"Sayang seribu kali sayang, kita asyik dengan 16 September hingga terlupa 17 September. Bagi Ustaz yang patut kita sambut ialah 17 September, lebih tepat lagi ialah 17 Ramadan. Peristiwa bersejarah kemenangan ISLAM dalam perang BADAR, Amat bermakna untuk menjamin kelangsungan Islam. Bayangkanlah kalau tentera islam kalah. Maka musnahlah kedamaian dan kestabilan. Justeru, marilah kita hidupkan semangat BADAR. Sama-samalah kita menangkan Islam di mana-mana saja, dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara. ISLAM ADALAH PENYELAMAT."
Saya bersetuju benar dengan ustaz, kita perlu kembali kepada agama kita dalam menghadapi saat-saat getir atau kita dipersimpangan keliru antara benar dan palsu. Malah agama adalah sebenar-benarnya panduan kehidupan seharian.
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ustaz Dr. Nazmi, semoga panjang umur dan diberkatiNya selalu. Terima kasih atas kepimpinan yang telah diberikan kepada kami di Taman Gemilang.
Selamat Berpuasa dan menyambut 17 Ramadhan.
4 comments:
Slamat Hari LaHir Ustaz..smoga fanjang umur...
......dimurahkan rezeki, panjang umur dan bahgia sisamping keluarga dan juga penduduk Islam Taman Gemilang......
......dimurahkan rezeki, panjang umur dan dirahmati allah insyaallah
Rasanya belum terlewat...SelamaT hari lahiR...uStaD..
Post a Comment