Lebih menarik jika menggunakan pelayar Mozilla Firefox dari mozilla.org.

Aktiviti Amal Group Taman Gemilang

Anda ingat lagi post saya yang lalu tentang group-group Taman Gemilang? Satu group yang tertinggal adalah group kerja malam. Oleh kerana group ini menjalankan kerja-kerja yang berisiko tinggi, maka gambar-gambar aktiviti yang ditunjukkan di bawah di"kelabu"kan untuk melindungi identiti individu-individu yang terlibat. Jurugambarnya juga terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan.


Pasukan elite UTK meronda di pagi yang sejuk semasa orang lain lena dibuai mimpi indah sebab depa tak ikut serta. Lagipun, orang dah dok jaga rumah kita., kita rileks laaa brader....


Keselamatan penduduk di jalanraya juga diambilberat. Kita hanya berusaha, kalau depa dok pecut jugak apa buleh buat.

Terima kasih kepada anda semua yang tak mengira waktu sama-sama menyumbang tenaga untuk keselamatan dan kesejahteraan Taman Gemilang, rakan-rakan dan penduduk lain.

Kepada mereka yang terlibat menyumbangkan tenaga, hanya Tuhan Yang Maha Kaya dapat membalas jasa anda. Kepada yang lebih rela tidur nyenyak, semoga tidor anda dibuai mimpi indah dan bukan terjaga disergah.

2 comments:

196tg said...

Salam..
Ana ada satu cadangan..iaitu kalau x menjadi salah kita buat sembanyang hajat untuk kesejahteraan dan keselamatan Taman Gemilang..juga untuk bukak hati penduduk2 tmn agar sama2 juga meronda dan menjaga taman..ASYIK MUKA TU JAAAA....

Anonymous said...

AKU setuju dengan 196tg tu,cuma tang nak sembahyang hajat untuk buka hati ni, payah la sikit...aku rasa ramai yang datang sembahyang hajat tapi time jaga hati-hati tu juga yang dok kena bukak. Tak susah sebenarnya, cara kita promosi yang penting, dalam soal ni, perli memerli pun rasanya ada kesan(perli elok2 la). Kalau tak berkesan juga kita ajak setiap individu,caranya geng hardcore kena ada, cuma satu-satu malam tu tambah sorang atau 2 orang baru,lama2 sebenarnya semua akan pernah keluar jaga malam,bila lama dah tak keluar perli lagi 'hai lama tak nampak', so lama2 akan jadi habit kat kita untuk perli dan kat depa untuk keluar jaga...lagi lama dah tak payah perli,depa nanti paham2 sendiri.cuma kita kena sabar dan kerja kuat la sikit.
Kalau tak berkesan juga....pandai-pandai la jaga rumah masing2.kita jaga juga tapi priority kat kawasan kita la....
Tapi aku yakin nanti akan ada kesedaran kat warga taman,tunggu la,cuma kita jangan cepat fed up, BAK KATA USTAZ NAZMI ' KALAU KITA NIAT IKHLAS JAGA RUMAH ORANG INSYAALLAH ALLAH AKAN JAGA RUMAH KITA'.Apa lagi yang kita nak selain ALLAH menjaga kita...