Lebih menarik jika menggunakan pelayar Mozilla Firefox dari mozilla.org.

Malam 2009 Taman Gemilang

Pada tanggal 31 Disembar lepas, telah diadakan perjumpaan silaturrahim rakan-rakan Taman Gemilang. Tujuan majlis ini adalah untuk merapatkan perhubungan antara rakyat Taman Gemilang di samping mengharapkan tahun 2009 menjadi tahun yang lebih gemilang dari segi rohani, jasmani, dan permuafakatan sesama kita.

Walaupun yang hadir malam tu rata-rata yang selalu hadir dalam majlis-majlis yang telah diadakan sebelum ini, namun peluang untuk semua berada dalam satu majlis bukannya senang. Maklumlah sibuk dengan hal tersendiri.

Pada malam itu juga, kambing dan ayam telah menjadi korban juadah yang disediakan. Terima kasih pada yang bertungkus-lumus menjayakan majlis (Halim & gang) dan yang menyumbang untuk menyediakan jamuan. Tak lupa kepada yang hadir menjayakan majlis, juga diucapkan terima kasih. Kepada Abg Long, terima kasih atas sumbangan video klip untuk disiarkan di laman ini.

Semoga 2009 akan menjadi tahun kita merealisasikan impian.









3 comments:

Anonymous said...

assalam, nampak meriah semua dan sedap2 belaka. dah sebulan kat Kansas, teringat kawan2 di TG, lapar gulai :). mcm biasa la diperantauan makan ala kadar je la, semuanya segera. makanan halal agak terhad dikawasan ni. penduduk minoriti Muslim tak ramai, dan kebanyakan menetap diluar kawasan bandar. keadaan cuaca disini berubah-ubah. selalunya di bawah paras beku. hari ni salji turun lagi dengan angin kencang. nampak gaya beku lagi la. sekian.

Olathe,KS 66062

196tg said...

Had lein beku..tak pa..Awang jgn beku sudah...^%^&%&Bila kelik mai Lunas..??Udg Galah dok mengamuk la..maklumlah musim panas..

kak siti said...

Salam,
Sy mcik siti n suami tertarik hati dgn komuniti Tmn Gemilang ini dan 3 hari lepas pernah meninjau ke tempat ini. Kami teringin untuk membeli rmh kat sini. Boleh saudara membantu/mendapatkan info dalam hal ini!
Sy boleh dihubungi no 019-4483144 (pesara usm)