Lebih menarik jika menggunakan pelayar Mozilla Firefox dari mozilla.org.

2010 jadi kenangan, 2011 kuatkan keazaman

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Selalunya ramai yang mempunyai azam baru. Ramai jugak yang tiada azam baru, cuma teruskan dengan apa yang diazamkan tahun lepas. Tahun 2010 menjadi kenangan. Yang baik jadikan pendorong untuk menjadi lebih baik lagi, yang buruk jadikan sempadan dan tauladan agar tidak berulang lagi tapi usahakan agar menjadi lebih baik pada tahun ini. Tahun 2010 juga banyak memberikan aku pengalaman suka duka.

Dari sudut karier, memang aku bersyukur kepada Allah kerana pada tahun ini karier aku sememangnya menjadi. Dilantik menjawat jawatan penting (walaupaun ramai yang tak sanggup) dua kali dalam masa lima bulan. Rezeki juga bertambah melalui karier, pengiktirafan dari "peer" dan macam-macam lagi. Syukur pada mu ya Allah.

Namun ujian tetap akan diterima oleh semua hambaNya. Aku perlu membuat keputusan yang amat penting dalam kehidupan peribadiku. Mungkin ujian Allah kerana aku adalah seorang yang amat yakin dengan keputusanku sehingga aku leka, bukan lupa tapi leka yang Allah sebenarnya menentukan segala-galanya. Semoga keputusan yang aku ambil akan membawa kebaikan akhirnya padaku dan mereka yang terlibat hasil dari keputusan aku, insyaAllah.

Kepada kawan-kawan semua, baik di Taman Gemilang, Lunas dan di mana-mana, Selamat Menyambut Tahun 2011. Semoga tahun ini menjadi tahun kejayaan kita semua, insyaAllah.

1 comments:

sniper said...

semua orang ada tersilap langkah dan leka razak....yang penting jalan tu jgn bengkang bengkok,,,byk berdoa supaya dibuka jalan seluas-luasnya,,,,demi persahabatan aku juga berdoa semoga hang tabah menghadapi dugaan ini.