Lebih menarik jika menggunakan pelayar Mozilla Firefox dari mozilla.org.

PENGANGKUTAN AWAM MALAYSIA

Salam,

Baru-baru ini PM kita telah menggunakan sendiri perkhidmatan LRT dan komuter. Dilaporkan akhbar bahawa beliau tidak gembira dengan perkhidmatan yang diberikan. Cadangan saya ialah PM atau menteri yang berkenaan menggunakan pengangkutan awam selama seminggu untuk pergi dan balik kerja. Mereka akan lebih memahami kenapa orang-ramai amat kecewa dan jika ada cara yang murah yang lebih baik, sekali-kali mereka takkan menggunakan pengangkutan awam. Ada pengguna yang menyatakan beliau terpaksa menunggu beberapa tren sebelum dapat menaiki tren yang dikehendaki.

Semasa saya di Australia, saya menggunakan perkhidmatan bas untuk berulang-alik ke tempat kerja. Saya sampai tepat pada waktunya ke tempat kerja setiap hari dan tiada masalah untuk pulang ke rumah. Ini kerana perkhidmatan yang cekap dan mengikut jadual, jika terlewat pun cuma tak sampai 5 minit. Antara yang menarik perhatian saya ialah bagaimana pemandu akan melayan pertanyaan dan masalah penumpang dengan mesra. Jika ada warga emas atau kanak-kanak menaiki bas, bas takkan bergerak selagi mereka ini tidak berada di tempat duduk.
Harga yang dikenakan pula tidak mahal tambahan pula jika menggunakan pas seminggu atau sebulan. Mereka melaksanakan tanggungjawab dengan penuh disiplin dan tanggungjawab.

Jika kita terfikir untuk menambahkan perkhidmatan pengangkutan awam, janganlah sekadar melepas batuk di tangga. Tak salah meniru cara orang lain melaksanakan sesuatu jika ia membawa kebaikan dan keuntungan. Jangan sekadar mengikut apa yang orang buat, tapi "jiwai" apa yang mereka lakukan. Pastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan dilakukan dengan penuh tanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila ingin mengembalikan kepercayaan orang-ramai terhadap perkhidmatan pengangkutan awam kita yang telah tipis.

Bayangkan perkhidmatan yang bertanggungjawab dan cekap akan menambah kepercayaan orang-ramai yang kerajaan benar-benar ingin menolong mengurangkan beban mereka. Terima kasih rakyat akan amat bermakna setiap 5 tahun. Siapalah "anda" tanpa mereka. Fikir-fikirkan dengan minda yang terbuka, tepuk dada tanya selera.

2 comments:

Anonymous said...

salam...

ish... gatai tangan lagi... MMM... KENA TAMBAH KOC... YESSSS.... GOOD FOR SCOMI BIZ...

he he he jgn marah....

watakunse...

Anonymous said...

salam,
ana stuju dgn drajaq
1. fasiliti yg masih belum mencukupi nak tmpung penumpang, prmintaan.
2. sikap "malaysian". jika perhatikan sikap btanggungjawab hanya ada skit dlm kalangan masyarakat. drebar ikut dan jaa, penumpang tggu bas xtau bratoq.
ana penah guna kenderaan awam di jepon. tip top! on time delivery. walaupon lg 10 min bas nk smpai, penumpang dn mula beratoq. x mcm org m'sia!!
3. kena buat kesedaran sivik buat rkyat. kenapa negara luar yg kebanyakan non muslim lbih "maju" dgn minda kelas pertama. sedangkan m'sia negara Islam yg rata2 pemikiran "lantak la apa nk jadi"...
hehehe
4. welcome for scomi..

~adios. gambate